05 November 2009

Ni gambar aku bercuti di sarawak baru-baru ni..




Salam...... aku ni baru balik dari sarawak ni... penat pun x hilang lagi.. tapi bagi aku, aku tak brapa seronok gi sana.. bukan apa, time aku gi sini anak aku si haziq tu demam... tak berjalan kemana pun. cuma gi Taman Buaya, Muzium, Gunung Santubung dan pusing kat Kuching jer.. gambar pun aku tak ambil banyak. kali ni aku gi agak ramai jugak. 12 orang. ngan bebudak opis aku and member... kat sini kita orang sewa van. turun jer airport, kita orang ambil van sewa kat dalam airport tu. sewa untuk 3 hari 2 malam... harga dia RM500 lebih. tapi ramai kan.. sikit jerlah aku bayar. bandaraya kuching agak beso jugak lah.. dia luas. tapi makan kat sana aku rasa mahal sikit dari semenanjung ni.. aku malam tu makan kat gerai sitok (yang banyak kedai makan waktu malam tu) aku makan nasi goreng kg + telur mata dan teh o ais limau kena RM7.80. lagi pun selera kite dgn sana agak berbeza sikit... yang jd kelakarnya waktu makan pagilah.. biasa lah kite kat semenanjung ni suka makan benda berat kan. mcm mi ke nasi lemak ke nasi dagang ker kan. tp tempat dia cuma makan makanan sekadar alas perut je.. masuk kita orang mintak mi lah nasi goreng lah. gelabah jugak touke kedai tu memasak.. walau pun servis lambat tp kita orang tabib lah kat lu beb... pandai jaga plgn. sorry beb, aku lupa nama rastoran ko nak isi dalam ni. walau apa pun tq.






Ni lah pengangkutan udara aku yang aku suka skali. tambang murah lah hehehe....




Di water Front




Haziq and the geng


jengjengjeng.... ini lah Datin aku...



sini ada muzium kucing tau... dari yang besar sampailah hello kitty


ok tak posing hehehe....



ni lah presiden kucing... malulah pulak ceeeeh..


woi!!!! sape ada hilang tengkorak.. meh sini, banyak nih.



Ni kes penat pusing muzium lah ni... banyak woo muzium dia..


Nampak ape kat blakang tuh... betul punye tau. korang kalau nak masuk kat dalam ni kena bayar 18 hinggit sorang. orang sarawak je 10 hinggit. ni marah nih....


kat bawah ni waktu kami dah nak balik dah...




Flight ni lah yang membuat kan aku delay 1 jam 30 minit. tp takpe, ko tetap di hatieee..

Ok lah semua... nanti aku cite semasa aku di Sabah negeri di bawah bayu pulak. aku pun dah ngantuk giler ni.. esok aku ada kursus pulak. opis aku ni pun satu lah, tak abis2 ngan kursus. boring betoi aku dengan kursus. esok ada jugak aku tertidur. jangan lupa tunggu episod seterusnye... bye-bye...

03 November 2009

Ini semasa aku di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia




Aku berangkat dari LCCT jam 4.55pm. jam 3.00pm aku dah sampai kat situ.. aku pergi lima orang. aku, wife aku, anak aku Haziq, Nik dan Ma member wife aku.. punyalah nakal anak aku tu.. dari LCCT sampai Makassar dia buat perangai.. he geram betul aku. dah lah nak sampai ke sana mengambil masa 3 jam 40 minit. Ikut kan hati, malas dah aku nak gi melancong... tapi takpe lah.. bila lagi nak pergi kan.. oklah aku cite kat Makassar...




ni gambar aku baru sampai di airport makassar. lepas aku ambil barang aku, sampai kat pintu luar, aku pun mencari mamat yang memegang tanda nama aku. aku sebenarnya dah tempah dari malaysia lagi pekej dia oarang ni... pastu dia bawak kami semua makan di sebuah rastoran. best tau makanan dia. aku pun lupa nama tempat tu. tapi yang best lagi malam tu, kami semua makan free.. toke yang aku ambik pekej melancong dengan di blanje.. hehehe.. itu yang bertambah bestnye. pastu kami semua pergi hotel untuk tidur. maklum lah penat.








ha... ini lah hotel kami menginap. Horison Makassar ****. bilik dia cantik jugak. murah jer hotel ni.. dalam RM130 tak salah aku. makanan dia wa tabib beb.... memang best giler.. tak caya gi lah tidur kat hotel ni...











esoknya aku pergi tempat sejarah kerajaan gowa di Fort Rotterdam. tengok kesan peningalan sejarahnya. sebenarnya aku kureng berminat tempat2 sejarah ni.. tapi buat-buat minat jer lah.. dah pergi tengok je lahkan... tu gambar anak aku yang tak makan saman tu dengan wife aku.










ini kampung nelayan. kg ni memang cantik. kalau korang gi sini jangan lupa melawat kampung ni. untuk 2 hari tu aku melawat dalam Makassar je...











Anak teruna aku dihimpit oleh 2 dara Makassar. kalu aku dihimpit mcm tu best jugak kan hehehehe....

Masuk hari ke tiga ni, aku pergi ke tempat agak mistik juga lah. mula-mula aku gi ke muzium dia. melaram sengan pakaian sultan Makassar. kena bayar tau pakai baju ni.. RP100.000.







Ni baru betul-betul mistik. tapi aku minta maaf banyak-banyak lah. camera aku kehabisan bateri sampai kat sini. ni aku ambil gambar dari sumber-sumber lain.. tapi tempat yang sama je...





kalau korang nak tahu, ini adalah keranda orang toraja. tu ada mayat betul dalam. bukan replika. dia orang tak tanam keranda dia.





Gua tempat persemadian orang toraja. jalan nak menuju ke Tana Toraja ni mingambil masa lapan jam dengan kenderaan darat.








ini adalah ukiran patung-patung si mati yang sedang berdiri di pingir gua. kalau nak tengok yang lebih mistik pun banyak lagi. seperti kuburan bayi dalam pokok. tapi sorilah.. aku tak ambil gambar kat situ.. beteri kong... nanti kalau korang pergi, korang lihat sendiri.





kanak-kanak toraja di samping rumahnya








hotel aku menginap di toraja. aku pun tak tahu berapa harga hotel ini. semua termasuk dalam pakej. tapi kalau nak makan hati-hati. kat sini bukannya semua halal.


hari ke lima aku meningalkan Makassar untuk balik ke tanah air ku. terima kasih untuk pak Asyar, pak haris dan kak ratna, pak latif, Andy, dan semua lah yang banyak melayan karenah kami semasa di sana..


kalau ada sesiapa yang nak pergi kat sini, bulan januari 2010 nanti aku pergi lagi. nak ikut jom lah. best... 13-17 Januari 2010.