03 November 2009

Ini semasa aku di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia




Aku berangkat dari LCCT jam 4.55pm. jam 3.00pm aku dah sampai kat situ.. aku pergi lima orang. aku, wife aku, anak aku Haziq, Nik dan Ma member wife aku.. punyalah nakal anak aku tu.. dari LCCT sampai Makassar dia buat perangai.. he geram betul aku. dah lah nak sampai ke sana mengambil masa 3 jam 40 minit. Ikut kan hati, malas dah aku nak gi melancong... tapi takpe lah.. bila lagi nak pergi kan.. oklah aku cite kat Makassar...




ni gambar aku baru sampai di airport makassar. lepas aku ambil barang aku, sampai kat pintu luar, aku pun mencari mamat yang memegang tanda nama aku. aku sebenarnya dah tempah dari malaysia lagi pekej dia oarang ni... pastu dia bawak kami semua makan di sebuah rastoran. best tau makanan dia. aku pun lupa nama tempat tu. tapi yang best lagi malam tu, kami semua makan free.. toke yang aku ambik pekej melancong dengan di blanje.. hehehe.. itu yang bertambah bestnye. pastu kami semua pergi hotel untuk tidur. maklum lah penat.








ha... ini lah hotel kami menginap. Horison Makassar ****. bilik dia cantik jugak. murah jer hotel ni.. dalam RM130 tak salah aku. makanan dia wa tabib beb.... memang best giler.. tak caya gi lah tidur kat hotel ni...











esoknya aku pergi tempat sejarah kerajaan gowa di Fort Rotterdam. tengok kesan peningalan sejarahnya. sebenarnya aku kureng berminat tempat2 sejarah ni.. tapi buat-buat minat jer lah.. dah pergi tengok je lahkan... tu gambar anak aku yang tak makan saman tu dengan wife aku.










ini kampung nelayan. kg ni memang cantik. kalau korang gi sini jangan lupa melawat kampung ni. untuk 2 hari tu aku melawat dalam Makassar je...











Anak teruna aku dihimpit oleh 2 dara Makassar. kalu aku dihimpit mcm tu best jugak kan hehehehe....

Masuk hari ke tiga ni, aku pergi ke tempat agak mistik juga lah. mula-mula aku gi ke muzium dia. melaram sengan pakaian sultan Makassar. kena bayar tau pakai baju ni.. RP100.000.







Ni baru betul-betul mistik. tapi aku minta maaf banyak-banyak lah. camera aku kehabisan bateri sampai kat sini. ni aku ambil gambar dari sumber-sumber lain.. tapi tempat yang sama je...





kalau korang nak tahu, ini adalah keranda orang toraja. tu ada mayat betul dalam. bukan replika. dia orang tak tanam keranda dia.





Gua tempat persemadian orang toraja. jalan nak menuju ke Tana Toraja ni mingambil masa lapan jam dengan kenderaan darat.








ini adalah ukiran patung-patung si mati yang sedang berdiri di pingir gua. kalau nak tengok yang lebih mistik pun banyak lagi. seperti kuburan bayi dalam pokok. tapi sorilah.. aku tak ambil gambar kat situ.. beteri kong... nanti kalau korang pergi, korang lihat sendiri.





kanak-kanak toraja di samping rumahnya








hotel aku menginap di toraja. aku pun tak tahu berapa harga hotel ini. semua termasuk dalam pakej. tapi kalau nak makan hati-hati. kat sini bukannya semua halal.


hari ke lima aku meningalkan Makassar untuk balik ke tanah air ku. terima kasih untuk pak Asyar, pak haris dan kak ratna, pak latif, Andy, dan semua lah yang banyak melayan karenah kami semasa di sana..


kalau ada sesiapa yang nak pergi kat sini, bulan januari 2010 nanti aku pergi lagi. nak ikut jom lah. best... 13-17 Januari 2010.